All the best to Miss Ayami Tezuka, Ayami. She is an undergraduate architecture student from Hiroshima University under the tutelage of Assoc.Prof.Dr Tetsu Kubota. She managed the Nichias Eco House Research in UTM from August to 24th September 2018.

31 Julai 2018 - Sebuah lagi Kolej Komuniti Cawangan telah berjaya disiapkan dan selamat diserahkan iaitu Kolej Komuniti Cawangan Hulu Terengganu, Terengganu. Upacara penyerahan telah disempurnakan bersama En.Mohd Yusof Zakaria, Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu, En. Fazrul Idzam Zainal Abidin (JPPPK), Yusman Yusoff (wakil kontraktor AA Gemilang), Nor Azizul Leman (ISI-UTM) dan Prof Dr Jamaliah Idris (wakil ISI-UTM).

26 Julai 2018 - Upacara penyerahan bangunan Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah telah selamat diadakan di bangunan yang terletak di Nusajaya Johor. Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah ini merupakan salah satu Projek Pengembangan 2 buah Politeknik dan 10 buah Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan.
Dokumen serahan telah disampaikan oleh Encik Azizul Leman (ISI) kepada Encik Roseman bin Mat Jidin (JPPKK) disaksikan bersama Puan Nur Jamilah binti Chek Wan Padzilah (JPPKK), Prof. Jamaliah Idris (ISI-M&E), Fasihah Ngah (ISI-Arkitek) serta wakil Kontraktor Bina Kurnia Bersatu. Terdahulu mesyuarat pemeriksaan dokumen serahan telah dijalankan di bilik mesyuarat Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah pada hari yang sama.

11 Julai 2018 (Rabu) – Institut Sultan Iskandar telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 27 Syawal 1439H bertempat di pejabat ISI di Aras 4 Dewan Sultan Iskandar, Universti Teknologi Malaysia. Majlis disajikan dengan pelbagai juadah enak hari raya seperti ketupat, lontong, laksa johor, nasi biryani dan lain-lain. Majlis ini bertujuan membuka ruang kepada warga ISI dan tetamu berkongsi kegembiraan dan saling bermaafan serta mengeratkan silaturahim. Lebih 150 orang telah hadir bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri yang diadakan pada hari tersebut. Antara yang hadir ialah Y.Bhg. Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi b Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang juga Ahli Lembaga Pengarah ISI dan Prof Dr Mohd Hamdan Ahmad, Dekan Fakulti Alam Bina bersama isteri Prof Rose Alinda Alias, rakan korporat dan penyelidik serta perunding, staf UTM dan para pelajar.

 

10th July 2018 - Visit from NICHIAS Corporation's representative Mr Susumu Sugiyama to Nichias Eco-House located at Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia. Nichias Eco-House is a collaboration project between Institut Sultan Iskandar UTM, NICHIAS Corporation and Hiroshima University.