Majlis Pelancaran Pembinaan Projek Rintis Ruang Kejiranan Program Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Noraini Roslan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 7 Oktober 2010, Ahad. Program perintis ini merupakan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya, Institut Sultan Iskandar, dan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia dalam merejuvenasi perumahan kos rendah di Malaysia.