JOHOR BAHRU, 13 April 2026 – Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Kemuncak Pesaka Sdn. Bhd. (KPSB) , sebuah firma kejuruteraan dan pembinaan. Melalui kerjasama dengan Kumpulan Penyelidikan Ekonomi, Undang-undang dan Polisi Pembinaan (CELP), Faculty of Built Environment & Surveying, UTM Johor Bahru Universiti Teknologi Malaysia menerusi Institut Sultan Iskandar, kolaborasi yang dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara kepakaran industri dengan penyelidikan akademik di Malaysia.
Majlis menandatangani dokumen kerjasama ini telah disempurnakan oleh TPr Dr. Norhazliza Bt. Abd. Halim, Timbalan Pengarah I, yang mewakili Institut Sultan Iskandar, manakala pihak Kemuncak Pesaka Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengarah KPSB, Puan Halimatussakdiya Binti Halik.
Turut hadir menyaksikan majlis adalah pihak pengurusan Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia Faculty of Civil Engineering, UTM iaitu: Prof Ts. Dr. Mohd Rosli bin Hainin, Dekan; Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Safuan bin A. Rashid, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi; PM Ir. Ts. Dr. Mohamad Hidayat bin Jamal, Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar; Sr Dr. Fara Diva binti Mustapa selaku Ketua Kumpulan Penyelidikan Ekonomi, Undang-undang dan Polisi Pembinaan, serta Encik Azzuan Syam Mohd Anuar dari Kemuncak Pesaka. Kehadiran ini mencerminkan kepentingan strategik kolaborasi ini dalam memacu agenda pembangunan bakat dan inovasi industri.
Kerjasama ini akan diterajui oleh Dr. Farah Nadiah binti Abdul Rahim selaku ketua projek dan akan bertanggungjawab memantau pelaksanaan inisiatif yang digariskan. Komitmen ini memastikan setiap objektif kolaborasi dapat dicapai dengan efektif demi manfaat kedua-dua pihak.
Tonggak utama perjanjian ini adalah komitmen khusus terhadap mobiliti sosial dan pendidikan. KPSB telah berikrar untuk mewujudkan skim biasiswa B40, dengan menyediakan peruntukan kewangan tahunan bagi pelajar cemerlang daripada latar belakang kurang berkemampuan. Inisiatif ini dirancang bagi memastikan akses saksama kepada pendidikan tinggi, sekali gus membolehkan pelajar yang layak mengikuti ijazah teknikal tanpa bebanan kekangan kewangan.
Satu dana geran penyelidikan akan ditubuhkan bagi menyokong kakitangan KPSB melanjutkan pengajian pascasiswazah di bawah seliaan pakar fakulti di UTM. Geran ini akan menampung yuran pengajian serta kos penyelidikan, bagi memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dan memastikan kakitangan teknikal kekal berada di barisan hadapan mengikut piawaian industri global.
#ISIUTM #UniversitiTeknologiMalaysia #FKA #CELP #KPSB #MemorandumPersefahaman #MOU