+607-558 4286 isijb@utm.my
KUALA LUMPUR, 13 April 2025 – Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM-ISI), dengan kerjasama Riverbank Academy dan GMK Academy telah menganjurkan Program Master Locksmithing & Entrepreneurshi p dengan kolaborasi pensijilan bersama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia. Penyampaian Sijil Kompetensi telah berlangsung di Dewan Seminar, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.
Program ini merupakan inisiatif pembangunan kemahiran teknikal dan keusahawanan dalam bidang locksmithing yang dirangka khusus bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri berkaitan teknologi dan sistem mekanikal sekuriti, penggera dan ketukangan kunci. Sepanjang tiga hari program bermula 11 hingga 13 April 2025 , peserta mengikuti sesi latihan intensif, penilaian kemahiran serta aktiviti bimbingan keusahawanan.
Kemuncak program disempurnakan dengan Majlis Penyampaian Sijil Kompetensi kepada seramai 33 peserta yang telah berjaya menamatkan latihan. Sijil telah disampaikan oleh Dr. Wan Nurul Mardhiah Wan Mohd Rani , Timbalan Pengarah II dan Ketua Bahagian (Kuala Lumpur) Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia. Turut hadir ialah wakil industri termasuk ABUS Security Tech Germany, serta rakan strategik daripada institusi latihan. Program ini membuktikan komitmen Universiti Teknologi Malaysia dalam menyokong pembangunan modal insan berkemahiran melalui kerjasama erat antara akademia dan industri.