+607-558 4286 isijb@utm.my
Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Eksplorasi Kemampanan – Program Cuti Sekolah 2023

December 18, 2023 @ 8:00 am - 5:00 pm

RM70

Eksplorasi Kemampanan – Edisi Cuti Sekolah merupakan program anjuran Institut Sultan Iskandar yang bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan, dan memahami perspektif Matlamat Pembangunan Mampan melalui pembelajaran di luar bilik darjah.

Pelajar akan didedahkan dalam suasana santai dan interaktif dalam menyelami dan memahami perspektif Matlamat Pembangunan Mampan. Pelbagai aktiviti menarik seperti permainan berkumpulan, dam ular, kuiz dan pembinaan arca disediakan supaya pelajar belajar secara santai dan menyeronokkan.

Di akhir program, pelajar akan dapat memahami kepentingan matlamat pembangunan mampan seperti kepentingan menjaga alam sekitar dan menilai aktiviti sosio ekonomi demi kesejahteraan komuniti pada masa kini supaya boleh dikongsi dengan generasi akan datang. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan kreativiti melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini.

KLIK DISINI UNTUK PENDAFTARAN

Details

Date:
December 18, 2023
Time:
8:00 am - 5:00 pm
Cost:
RM70
Event Category:
Website:
https://www.susdep.com/program-cuti-sekolah/

Organizer

Institut Sultan Iskandar

Venue

UTM Johor Bahru
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru, Johor 81310 Malaysia
+ Google Map