+607-558 4286 isijb@utm.my
Majlis Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia telah mencapai kata sepakat mengenai imej konsep rejuvenasi Kota Tinggi dalam ‘Bengkel Pelan Tindakan dan Garis Panduan Bandar Kota Tinggi’ . Bengkel kali ini yang dijalankan di Four Points By Sheraton, Bandar Penawar, Desaru adalah bengkel kedua dalam siri ini dan telah membincangkan dan menelusuri hala tuju pembangunan rejuvenasi Bandar Kota Tinggi.
Turut sama dalam bengkel tersebut dalam sesi libat urus adalah beberapa wakil dari jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung dengan Bandar Kota Tinggi seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Yayasan Warisan Johor, wakil kolej-kolej dan Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Kota Tinggi.
Semoga bengkel kali ini, serta siri-siri perbincangan rejuvenasi bandar akan datang bakal membawa manfaat kepada daerah Kota Tinggi dari aspek imej pembandaran, alam sekitar, sosiobudaya dan ekonomi pada masa akan datang.