+607-558 4286 isijb@utm.my
Pada 12 Oktober 2023 yang lalu, Institut Sultan Iskandar telah dijemput oleh Yayasan Hasanah dalam perbincangan meja bulat pengurusan sisa plastik bersama rakan strategik Yayasan Hasanah yang turut memfokuskan kepada pengurusan pembuangan plastik secara berhemah seperti Yayasan Sultanah Bahiyah dan Zero Waste Sabah.
Perbincangan meja bulat ini telah dipengerusikan oleh Puan Ivy Wong Abdullah iaitu Ketua Alam Sekitar, Yayasan Hasanah. Turut dikupas dalam perbincangan ini termasuklah soal jawab mengenai ‘Rantaian Nilai Plastik dan Pengurusan Sisa Plastik di Semenanjung Malaysia’ bersama Dr Theng Lee Chong, Pakar Pengurusan Sisa, Soluwaste Management Consultants. Sesi forum juga diadakan bersama-sama penceramah Tuan Julian Hyde dari Reef Check Malaysia dan Cik Abe Lim, pengasas dan CEO Purpose Plastic yang menyelami tentang Inovasi Pengurusan Plastik.
Institut Sultan Iskandar yang diwakili Dr Muhamad Safwan Ishak iaitu Pegawai Projek Pasar Bebas Plastik Sekali Guna juga berpeluang bertukar pandangan dan idea bersama Zero Waste Sabah yang juga menjalankan Kempen Pasar Bebas Plastik di Tuaran, Sabah.