+607-558 4286 isijb@utm.my

Pahang – Satu Memorandum Perjanjian (MoA) telah ditandatangani antara Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia dan Pahang Skills Development Centre (PSDC) pada 18 Ogos 2023.

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh wakil PSDC iaitu Pengarah Eksekutif, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Mohd Yusri bin Mohd Noor, manakala ISI diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Prof. Madya Sr Dr. Abdullah Hisam bin Omar. Timbalan Pengarah II ISI, Dr. Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani turut hadir pada majlis tersebut.

Objektif Memorandum Perjanjian ini adalah untuk menjalinkan kerjasama strategik antara ISI dan PSDC dalam pembangunan latihan dan kemahiran serta ini merupakan satu lagi kejayaan ISI dalam usaha jangka panjang untuk menawarkan program dan kepakarannya.

Selesai majlis menandatangani perjanjian, ISI telah dibawa melawat sekitar makmal dan ruang latihan PSDC serta menerima taklimat ringkas dari Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Penyelidikan Teknikal, En. Nasrul Rahman bin Abdullah