Kursus 𝗕𝘂𝗶𝗹𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗠𝗼𝗱𝗲𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 (𝗕𝗜𝗠) 𝗙𝘂𝗻𝗱𝗮𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹𝘀 𝗳𝗼𝗿 𝗦𝘂𝗿𝘃𝗲𝘆𝗼𝗿𝘀 telah berlangsung pada 15–16 Oktober 2025 bertempat di Merdeka Palace Hotel & Suites, Kuching.
Program ini telah dianjurkan oleh Land Surveyors Board Sarawak dan dikendalikan oleh Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada para juruukur mengenai konsep, proses, dan aplikasi Building Information Modelling (BIM) dalam industri pembinaan. Sepanjang dua hari penganjuran, peserta telah mengikuti sesi ceramah, demonstrasi perisian, serta perbincangan interaktif bersama penceramah.
Semoga dengan penganjuran kursus sebegini mampu memberi pendedahan dan menyampaikan maklumat berinformasi kepada Land Surveyors Board Sarawak dalam pelaksanaan BIM.