+607-558 4286 isijb@utm.my

Pada 31 Julai hingga 3 Ogos 2023 yang lalu, telah berlangsung Kursus Perisian Sketchup di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kursus selama 4 hari tersebut telah dihadiri oleh 11 orang peserta dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Penganjuran kursus ini merupakan kerjasama antara pihak Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM-ISI) dengan pihak Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.