Majlis perasmian penutup 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗞𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗨𝗽𝗮𝘆𝗮 (𝗣𝗟𝗠–𝗣𝗪𝗗) telah berlangsung pada 27 September 2024 bertempat di Bilik Teratai 1, Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan OKU, Bangi.
Program ini telah diadakan bermula pada 23 - 27 September 2024 dengan dihadiri seramai 22 orang peserta dari golongan Orang Kurang Upaya dari pelbagai kategori yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkasa golongan OKU dengan kemahiran teknikal yang relevan, khususnya dalam penggunaan perisian AutoCAD dan teknologi pencetakan 3D. Setiap peserta telah diberi peluang merekacipta dan mencetak keychain sebagai hasil praktikal, ini telah memberikan mereka pengalaman sebenar dalam teknologi ini.
Penganjur berharap agar ilmu yang diperoleh akan terus dimanfaatkan dalam menghadapi cabaran masa depan, sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.