+607-558 4286 isijb@utm.my
Program Pembangunan Kapasiti Pembangunan Mampan & Rangka Kerja Kemampanan yang telah diadakan pada 13 & 14 Julai 2023 di Le Grandeur Palm Resort, Senai merupakan program khusus yang telah disediakan oleh Institut Sultan Iskandar untuk kumpulan FELDA. Program ini bertujuan memberi kesedaran tentang pembangunan mampan dan impak yang boleh dicetuskan oleh sesebuah organisasi atau perniagaan terhadap alam sekitar, ekonomi dan sosial.
.
Program selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Samigin, Pengarah Jabatan Kelestarian FELDA yang turut menyertai program ini di samping para pegawai-pegawai FELDA serta FIC Integrated Property Management (FIC IPM). Turut serta dalam program ialah Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Ketua Pegawai Eksekutif FIC IPM.
.
Program ini telah dibimbingi Unit Kemampanan, Institut Sultan Iskandar yang diketuai oleh Dr Jamilia Mohd Marsin serta Dr Muhamad Safwan Ishak yang turut sama sebagai penceramah dalam program ini. Penceramah lain yang turut memberikan impak ialah Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd. Fadhil bin Md Din, Pengarah, Pejabat Pelestarian Kampus, Universiti Teknologi Malaysia; Prof.Madya Dr. Zuraidah binti Sulaiman, Pengarah, Jabatan Pemasaran & Keusahawanan, Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia dan Ts. Dr. Mohd Hamdan bin Ahmad,mantan Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Universiti Teknologi Malaysia serta mantan Pengarah Eksekutif Institut Sultan Iskandar.