+607-558 4286 isijb@utm.my
Institut Sultan Iskandar terus mengukuh peranan sebagai pakar rujuk dan amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam Bengkel Semakan Perancangan Strategik DBKU 2026-2030.
Fokus utama bengkel ini merangkumi penjajaran Pelan Strategik dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) & Pelan Tindakan Bandar Pintar, penggunaan metodologi Balanced Scorecard untuk pengukuran prestasi serta satu sesi perkongsian dalam Building Information Modelling (BIM) oleh Pengarah Eksekutif ISI, Prof. Madya Sr Ts. Dr Abdullah Hisam Bin Omar.
Kami yakin hasil daripada kolaborasi ini akan melahirkan sebuah Pelan Strategik yang komprehensif, seterusnya meletakkan Dewan Bandaraya Kuching Utara sebagai model mampan dan pintar yang unggul.