+607-558 4286 isijb@utm.my
Majis Penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) antara ISI-UTM dan Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd. telah disempurnakan dengan jayanya yang disaksikan oleh Naib Canselor UTM, Profesor Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim dan Datuk Ir. Hamzah bin Hasan, Pengerusi Johawaki Holdings Sdn. Bhd. Majlis ini diadakan di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, Tingkat 17, Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur telah dihadiri oleh pengurusan Universiti Teknologi Malaysia, ISI-UTM, Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd. dan Johawaki Holdings Sdn. Bhd.
Kredit gambar: OSCA UTM

Kredit foto: OSCA UTM

Pihak Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk menyumbang dana perundingan penyelidikan berjumlah RM535,410.00 kepada ISI-UTM sebagai geran perundingan penyelidikan dan lebih RM 76,000 dalam bentuk yuran pengajian pasca siswazah untuk lima jurutera Belati Wangsa (M) Sdn Bhd yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah
Pihak UTM melalui penyelidik dari Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU) serta Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) akan menyumbang kepakaran dalam pembangunan inovasi kejuruteraan jalan menggunakan bahan buangan turapan jalan yang rosak dan pembangunan model kos kitaran hayat yang komprehensif dalam kerja kejuruteraan jalan menggunakan inovasi dan teknologi bahan yang dibangunkan secara perkongsian strategik dengan Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd.