+607-558 4286 isijb@utm.my
JOHOR BAHRU, 25 Julai 2025 – Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia dengan bangganya menganjurkan “Kursus Pengenalan dan Kefahaman Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM)” di Panggung Cempaka, Menara MBJB. Program sehari in dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) di kalangan pihak berkuasa tempatan.
Seramai 30 orang peserta dari Jabatan Kawalan Bangunan hadir mengikuti kursus ini yang menampilkan agenda komprehensif yang direka untuk memberikan peserta asas yang kukuh dalam BIM dengan pendekatan 4 modul utama iaitu:
Modul 1: Pengenalan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM)
Modul 2: Memahami Data & Format Fail BIM
Modul 3: Interaksi Model BIM Menggunakan Perisian Paparan BIM
Modul 4: Pengukuran BIM Menggunakan Teknologi Laser
Sorotan penting program ini ialah forum bertajuk “Cabaran dan Strategi Pelaksanaan BIM dalam Pihak Berkuasa Tempatan. Forum ini menyediakan platform untuk perbincangan dan pertukaran idea mengenai aplikasi praktikal dan mengatasi halangan dalam mengintegrasikan BIM dalam urusan PBT.
Kursus ini telah disampaikan barisan penceramah yang berpengalaman dalam bidang BIM iaitu Prof. Sr Dr. Kherun Nita Bte Ali, Prof. Madya Sr Dr. Abdullah Hisam bin Omar, Sr Dr. Shamsulhadi Bin Bandi, Ts. Dr. Nafisah Abdul Rahiman, Dr. Mohd Azwarie Bin Mat Dzahir serta Dr. Aimi Sara binti Ismail.
Semoga dengan penganjuran kursus sebegini mampu memberi pendedahan dan menyampaikan maklumat berinformasi kepada kakitangan MBJB dalam pelaksanaan BIM.