Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia secara rasmi telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Johor Biotech bagi Pembangunan Pelan Tindakan Johor Agriculture Research & Development Centre (J-ARDC) serta Penasihat Penyelidikan di bawah J-ARDC. Kerjasama ini akan memfokuskan pada Pembangunan Pelan Tindakan, di mana akan menggabungkan kepakaran di kedua-dua institusi untuk membangunkan pelan tindakan seterusnya sebagai penasihat penyelidikan berkenaan.