+607-558 4286 isijb@utm.my
25 JUN 2025, Melaka – Program Roadshow Pengiktirafan Bersama MBOT dan JPK telah berlangsung melibatkan peserta daripada Pusat Bertauliah dan Penyedia Latihan sekitar Zon Selatan di Dewan Cenderawasih, Melaka Industrial Skills Development & Entrepreneurship Center (MISDEC) Melaka. Program ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara agensi berkaitan dalam usaha mengiktiraf pusat latihan serta memberi pendedahan berkaitan Pensijilan Teknikal Profesional.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ts. Dr. Mahaletchumy Arujanan, Pengerusi Majlis Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal merangkap anggota Lembaga MBOT. Puan Wan Nur Fauzan Binti Mohd Fauzai, Penolong Kanan Pengarah JPK Wilayah Selatan telah menerangkan hala tuju pembangunan kemahiran negara serta peranan JPK dalam memperkasa sektor TVET.
Institut Sultan Iskandar telah menerima Pensijilan Pembangunan Profesional (PDC) daripada Majlis Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal (TPDC), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), bagi program Autodesk AutoCAD Essentials. Sijil telah diterima melalui wakil UTM-ISI, Puan Nooraishikin Minhat selalu Pengurus Autodesk Training Centre UTM-ISI.
Program ini telah berjaya menghimpunkan peserta daripada sektor teknikal dan latihan, sekali gus membuka ruang dialog yang konstruktif serta pertukaran maklumat berkaitan standard pengiktirafan dan pembangunan profesional.