+607-558 4286 isijb@utm.my

Memorandum Perjanjian (MoA) telah ditandatangani antara Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia dan Zant Synergy Sdn Bhd pada 4 Januari 2024 bertempat di pejabat Institut Sultan Iskandar UTM Kuala Lumpur.

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh wakil Zant Synergy Sdn. Bhd. iaitu Pengarah, Encik Mohd Azmi Bin Othman, manakala ISI diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Prof. Madya Sr Dr Abdullah Hisam bin Omar. Perjanjian ini juga turut ditandatangani bersama oleh wakil Zant Synergy iaitu Pengarah II, Dr. Yudiyanti Binti Mohamad Yusof dan Timbalan Pengarah II, Dr. Wan Nurul Mardiah binti Wan Mohd Rani, selaku saksi untuk MoA ini.
Objektif MoA ini adalah untuk menjalinkan kerjasama strategik antara ISI dan Zant Synergy Sdn. Bhd. dalam program berbentuk Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi memenuhi keperluan industri melalui platform pembelajaran yang fleksibel dan efisyen. Oleh itu, pencapaian ini merupakan satu lagi kejayaan ISI dalam usaha jangka panjang untuk menawarkan program dan kepakarannya.