Pada hari kedua, para pegawai DBKL berpeluang menyertai sesi lawatan tapak ke Stesen MRT3 S09 Titiwangsa, di mana mereka diberi penerangan oleh pihak MRT Corp. serta bimbingan daripada penceramah utama, Tpr Ts. Dr. Gobi Krishna Sinniah dari Universiti Teknologi Malaysia. Lawatan ini membolehkan pegawai memahami secara langsung aspek pelaksanaan Penilaian Impak Sosial (SIA) di lapangan.
Seterusnya, mereka meneruskan sesi perbincangan dan pembentangan kumpulan hasil lawatan tapak di UTM Kuala Lumpur. Sesi ini memberi ruang untuk mereka berkongsi dapatan, pandangan serta cadangan berdasarkan pengalaman sepanjang lawatan.
Diharapkan agar program sebegini dapat diperluaskan lagi pada masa hadapan bagi memperkukuh pengetahuan, meningkatkan keupayaan demi memastikan pelaksanaan Penilaian Impak Sosial (SIA) dalam projek pembangunan bandar dilaksanakan dengan lebih berkesan dan mampan.